Media Black Clover

Manga

Ditulis dan diilustrasi oleh Yūki Tabata, Black Clover telah diterbitkan secara bersiri di antologi manga Shueisha iaitu Shōnen Jump Mingguan sejak 16 Februari 2015.[2][3] Manga tersebut merupakan siri Tabata yang kedua di Weekly Shōnen Jump: siri pertamanya, Hungry Joker, disiarkan di majalah yang sama untuk 24 bab dari 12 November 2012 hingga 13 Mei 2013, sebelum dibatalkan.[4][5][6] Shueisha telah mengumpul bab-babnya ke dalam jilid-jilid tankōbon individu. Jilid pertama telah diterbitkan pada 4 Jun 2015.[7] Setakat 4 Januari 2021, 27 jilid telahpun dikeluarkan.[8]

Pada 9 Februari 2015, Viz Media mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan tiga bab pertama siri tersebut di dalam majalah digital Shōnen Jump Mingguan atas sebahagian dari program "Jump Start" mereka di Amerika Utara.[9] Pada 30 Mac 2015, mereka mengumumkan bahawa siri tersebut akan menyertai senarai minggu mereka, bermula dengan bab 4 pada April 6, dan menerbitkan dengan kadar pecutan sehingga bab tersebut dapat mengejar bab yang terkini di Jepun[10][11] Rancangan-rancangan untuk keluarkan siri ini dalam bentuk cetak telah diumumkan ketika panel mereka di New York Comic Con pada 9 Oktober 2015.[12] Shueisha mula menerbitkan siri tersebut dalam bahasa Inggeris di aplikasi dan laman web Manga plus secara serentak pada Februari 2019.[13]

Terbitan turunan

Pada 2 Februari 2018, sebuah terbitan turunan (spin-off) manga gag yang diilustrasi oleh Setta Kobayashi bertajuk Asta's Journey to Wizard King (アスタくん魔法帝への道, Asta-kun Mahōtei e no Michi) dilancarkan di Saikyō Jump yang merupakan majalah Shueisha.[14] Manga tersebut telah dikumpulkan di dalam satu jilid tankōbon.[15]

Pada 30 September 2018, sebuah manga berdasarkan permainan video Black Clover: Quartet Knights dilancarkan di aplikasi Shōnen Jump+ pada 7 Oktober 2018.[16] Manga tersebut tamat pada 12 April 2020.[17] Setakat 3 Oktober 2020, ia telah dikumpulkan dalam lapan jilid tankōbon.[18]

Anime

Sebuah Animasi Video Asli (OVA) dihasilkan oleh Xebec Zwei yang berdasarkan pada siri ini telah ditayangkan pada Jump Festa 2016 bermula 27 November hingga 18 Disember 2016.[19][20][21] Ia digabungkan dengan jilid ke-11 manga tersebut, yang dikeluarkan pada 2 Mei 2017.[22] OVA kedua telah ditayangkan pada Jump Festa 2018.[23] Ia kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk DVD sekali dengan My Hero Academia dan Food Wars!: Shokugeki no Soma yang digabungkan dengan jilid-jilid akan datang untuk manga-manga tersebut, yang mana ia telah diumumkan di acara Jump Special Anime Festa.[24]

Di acara Jump Festa Black Clover pada 18 Disember 2016, sebuah adaptasi siri televisyen anime oleh Pierrot telah diumumkan.[22] Ia diarahkan oleh Tatsuya Yoshihara, dengan Kazuyuki Fudeyasu menulis skrip, Itsuko Takeda melakukan reka bentuk watak, dan Minako Seki menggubah muzik.[25] Siri ini ditayangkan bermula 3 Oktober 2017,[26][27] dengan dua musim pertama masing-masing terdiri daripada 51 episod.[28][29] Musim ketiga ditayangkan bermula 1 Oktober 2019.[30] Anime ini telah ditayangkan secara berterusan tanpa apa-apa gangguan besar sehingga hujung April 2020, apabila ia diumumkan bahawa episod-episod yang akan datang akan ditangguhkan disebabkan kelewatan produksi studio berpunca dari pandemik COVID-19. Tayangan dan pengedaran episod 133 ke atas telah ditangguhkan dan bagi menggantikan tempatnya, episod pertama siri ini telah ditayangkan semula pada 5 Mei 2020.[31] Siri ini bersambung semula pada 7 Julai 2020.[32] Pada Februari 2021, ia telah diumumkan bahawa Black Clover akan tamatkan tayangan pada episod 170 pada 30 Mac 2021, yang akan diikuti dengan sebuah "pengumuman penting".[33][34]

Crunchyroll menayangkan siri ini,[35] manakala Funimation menghasilkan alih suara dalam bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada program Simuldub ketika ia bersiaran.[36][37] Blok pengaturcaraan Toonami yang merupakan milik Adult Swim menayangkan dub Inggeris bermula 2 Disember 2017.[38] Sony Pictures UK dan Funimation mengeluarkan bahagian pertama siri pertama dalam bentuk video rumah di United Kingdom dan Ireland,[39] dengan bahagian-bahagian seterusnya dikeluarkan oleh Manga Entertainment.[40] Universal Sony mengelaskan bahagian pertama siri ini untuk dikeluarkan di Australia dan New Zealand, bagi pihak Funimation,[41] dengan Madman Entertainment mengeluarkan bahagian-bahagian yang seterusnya.[42]

Musim pertama telah tersedia di Netflix Malaysia bermula 1 Julai 2020, manakala musim kedua dan ketiga mula tersedia bermula 23 Februari 2021. Netflix Malaysia mengeluarkan siri ini dalam audio bahasa Jepun manakala sarikata yang tersedia adalah dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina Ringkas dan bahasa Cina Tradisional. Black Clover juga tersedia di iQIYI Malaysia bermula episod 154 sehingga yang terkini yang mana sarikata tersedia dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina Ringkas, bahasa Cina Tradisional, bahasa Thai, bahasa Vietnam dan bahasa Indonesia. Episod baharu di iQIYI Malaysia dikeluarkan setiap hari Selasa pada pukul 6.30 petang.

Animasi internet original pendek bertajuk Squishy! Black Clover (むぎゅっと!ブラッククローバー, Mugyutto! Burakku Kurōbā), dihasilkan oleh DLE dan diarahkan oleh Tsukasa Nishiyama, mula ditayangkan di dTV pada 1 Julai 2019. Lagu tema pembukaan animasi pendek tersebut adalah "POSSIBLE" oleh Gakuto Kajiwara dan Nobunaga Shimazaki, di bawah nama "Clover×Clover".[43] Crunchyroll membuat animasi pendek ini tersedia di peringkat antarabangsa pada 31 Disember 2019.[44]

Permainan video

Pada Jump Festa 2017, sebuah permainan video, bertajuk Black Clover: Quartet Knights, telah diumumkan untuk keluaran 2018 untuk PlayStation 4 dan PC.[45] Ia telah dibangunkan oleh Ilinx dan diterbitkan oleh Bandai Namco.[46] Ia telah dikeluarkan di Jepun pada 13 September 2018,[47] manakala keluaran Barat pula adalah pada 14 September 2018.[48] Sebuah permainan mudah alih yang dipanggil Black Clover: Phantom Knights (ブラッククローバー 夢幻の騎士団, Burakku Kurōbā: Mugen no Kishidan) telah diumumkan.[49] Ia telah dikeluarkan di Jepun pada 14 November 2018.[50] Pada 6 Disember 2019, Bandai Namco Entertainment mengumumkan bahawa permainan ini akan dikeluarkan pada 16 Januari 2020.[51]

Asta merupakan salah satu watak yang boleh dimainkan di dalam permainan crossover Shōnen Jump Mingguan, Jump Force.[52]

Rujukan

WikiPedia: Black Clover http://www.adultswim.com/videos/black-clover/ http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2016-... http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2017-... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2016-07-2... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-10-31/sh... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-02-09/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-03-30/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-10-09/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-29/ju...